Tuesday, 10 March 2015

IMPLIKASI KONSEP KEBEBASAN BERAGAMA DALAM ISLAM DI MALAYSIA

PENDIDIKAN

  • Dari segi pendidikan , kerajaan mewajibkan pendidikan agama islam diajar kepada kanak-kanak yang beragama islam, manakala yang bukan beragama islam pula , mereka akan di dedahkan dangan pendidikan moral.Namun begitu , bagi sekolah persendirian, mereka bebas mempelajari ajaran agama dengan sukatan yang dibenarkan oleh kerajaan ynag telah di tetapkan.
PERKAHWINAN DAN PENCERAIAN
  • Dalam islam , apabila seorang bukan muslim ingin mengahwini seorang muslim , individu tersebut harus memeluk islam sebelum di iktiraf "sah" dari segi undang-udang, kerana seorang muslim tidak boleh mengahwini individu yang bukan islam jika individu tersebut tidak mahu memeluk agama islam.
  • Dari segi penceraian , sekiranya salah seorang pasangan tersebut murtad atau menukar agamanya terutamanya apabila salah seorang pasangan tersebut adalah bukan islam, maka perkahwinan tersebut akan terbatal di sisi undang-undang.
MEDIA CETAK DAN MEDIA ELEKTRONIK
  • Dari segi media cetak dan elektronik,  islam tidak menghalang penganutnya untuk berkarya , tetapi islam melarang penganutnya menyentuh isu-isu sensitif  dalam islam.
  • Dalam islam juga, agama islam tidak boleh menbezakan atau menimbulkan isu-isu sensitif mengenai agama lain untuk mengelakkan perbalahan agama dan menimbulkan implikasi yang buruk terhadap agama islam dan penganutnya.

No comments:

Post a Comment