Konsep Kebebasan Beragama di Malaysia
Sunday, 15 March 2015
Tuesday, 10 March 2015
Konsep Kebebasan Beragama Di Malaysia
• Kebebasan agama diabadikan dalam Perlembagaan Malaysia.
• Pertama, Fasal 11 menetapkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan menjalankan agama nya dan (tunduk pada undang-undang yang berlaku menyekat penyebaran agama-agama lain untuk umat Islam) untuk menyebarkannya.
• Kedua, Perlembagaan juga menetapkan bahawa Islam adalah agama perseketuan (Perlembangann tidak menyatakan Islam sebagai agama rasmi tetapi sebaliknya hanya sebagai agama perseketuan) , tetapi agama-agama lain boleh dipraktikkan dalam damai dan harmoni (Perkara 3).
• Status kebebasan beragama di Malaysiaadalah masalah kontroversi.
• Soalan termasuk sama ada Malaysia adalah sebuah negara Islam atau negara sekular tetap tidak dapat diselesaikan.
• Dalam beberapa kali, ada sejumlah isu-isu dan peristiwa yang telah menguji hubungan antara bangsa-bangsa yang berbeza di Malaysia.
IMPLIKASI KONSEP KEBEBASAN BERAGAMA DALAM ISLAM DI MALAYSIA
PENDIDIKAN
- Dari segi pendidikan , kerajaan mewajibkan pendidikan agama islam diajar kepada kanak-kanak yang beragama islam, manakala yang bukan beragama islam pula , mereka akan di dedahkan dangan pendidikan moral.Namun begitu , bagi sekolah persendirian, mereka bebas mempelajari ajaran agama dengan sukatan yang dibenarkan oleh kerajaan ynag telah di tetapkan.
PERKAHWINAN DAN PENCERAIAN
- Dalam islam , apabila seorang bukan muslim ingin mengahwini seorang muslim , individu tersebut harus memeluk islam sebelum di iktiraf "sah" dari segi undang-udang, kerana seorang muslim tidak boleh mengahwini individu yang bukan islam jika individu tersebut tidak mahu memeluk agama islam.
- Dari segi penceraian , sekiranya salah seorang pasangan tersebut murtad atau menukar agamanya terutamanya apabila salah seorang pasangan tersebut adalah bukan islam, maka perkahwinan tersebut akan terbatal di sisi undang-undang.
- Dari segi media cetak dan elektronik, islam tidak menghalang penganutnya untuk berkarya , tetapi islam melarang penganutnya menyentuh isu-isu sensitif dalam islam.
- Dalam islam juga, agama islam tidak boleh menbezakan atau menimbulkan isu-isu sensitif mengenai agama lain untuk mengelakkan perbalahan agama dan menimbulkan implikasi yang buruk terhadap agama islam dan penganutnya.
Thursday, 5 March 2015
NILAI MEMAHAMI KEBEBASAN BERAGAMA DI MALAYSIA
- Kekurangan menyedari dan memahami nilai-nilai pelbagai agama di kalangan rakyat Malaysia akan menghalang dan menjejas usaha-usaha kerajaan dalam memupuk dan memantapkan perpaduan sejati di kalangan rakyat Malaysia.
- Kekurangan menyedari dan memahami nilai-nilai pelbagai agama di kalangan rakyat Malaysia akan menghalang dan menjejas usaha-usaha kerajaan dalam memupuk dan memantapkan perpaduan
- Sama-sama memeriahkan perayaan penganut agama lain.
- Sikap Keterbukaan seperti bersedia memberi dan menerima pandangan,pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.
Tuesday, 20 January 2015
Perkara 11 Kebebasan Beragama
- Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
- Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanyaatau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
- Tiap-tiap kumpulan agama berhak:-
- menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
- menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat
- memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undangundang.
- Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
- Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang undangan yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.
Etika Kebebasan Beragama
Malaysia adalah sebuah negara hidup dalam sebuah negara bermasyarakat majmuk yang memerlukan sikap toleransi yang tinggi dan nilai hidup bersama yang kukuh. Berlandaskan falsafah Rukun Negara dan Prinsip Perlembagaan masyarakat Malaysia dapat hidup bersatu padu dan harmoni antara semua bangsa dan kaum.
Walaupun Malaysia terdapat pelbagai kaum dan anutan yang berbeza, masyarakat Malaysia saling memahami untuk mengekalkan keharmonian negara. Walaupun begitu, terdapat juga krisis yang timbul berkenaan tentang bangsa dan agama yang di anut. Namun, kita perlulah percaya bahawa masyarakat Malaysia semakin matang dalam menangani masalah-masalah yang timbul dengan bijaksana.
Kebebasan beragama ialah prinsip yang menyokong kebebasan individu atau masyarakat untuk menganut agama atau mengamalkan kepercayaan masing-masing. Ia juga termasuk kebebasan untuk menukar agama atau tidak mengikut mana-mana agama atau kepercayaan.
Subscribe to:
Comments (Atom)