- Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
- Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanyaatau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
- Tiap-tiap kumpulan agama berhak:-
- menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
- menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat
- memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undangundang.
- Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
- Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang undangan yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.
Malaysia adalah sebuah negara hidup dalam sebuah negara bermasyarakat majmuk yang memerlukan sikap toleransi yang tinggi dan nilai hidup bersama yang kukuh. Berlandaskan falsafah Rukun Negara dan Prinsip Perlembagaan masyarakat Malaysia dapat hidup bersatu padu dan harmoni antara semua bangsa dan kaum.
Walaupun Malaysia terdapat pelbagai kaum dan anutan yang berbeza, masyarakat Malaysia saling memahami untuk mengekalkan keharmonian negara. Walaupun begitu, terdapat juga krisis yang timbul berkenaan tentang bangsa dan agama yang di anut. Namun, kita perlulah percaya bahawa masyarakat Malaysia semakin matang dalam menangani masalah-masalah yang timbul dengan bijaksana.
Kebebasan beragama ialah prinsip yang menyokong kebebasan individu atau masyarakat untuk menganut agama atau mengamalkan kepercayaan masing-masing. Ia juga termasuk kebebasan untuk menukar agama atau tidak mengikut mana-mana agama atau kepercayaan.